Kepada mereka2 yang tidak bagitu memahami atau biasa dengan penternakan sarang burung layang2 kedegaran suara cuitan burung yang dilaungkan oleh tweeter perternak adalah satu bunyi yang amat bising dan mengangu ketenteraman hidup.
Bagi para penternak, bunyian ini adalah suara yang paling merdu. Lebih merdu dari suara nyanyian Dato Siti Norhaliza Dato K. Mereka mengtafsir bahawa lagu cuitan ini membawa keuntungan emas putih berlipat ganda hari demi hari.
Setiap satu sarang yang dituai berharga lebih kurang RM 50 dan cuba anda fikir berapa agaknya kalau penuai mendapat 5,000 keping sarang setiap kali menuai?
RM 50 X 5,000 Keping = RM250,000.
Kalau tidak sabegitu banyak cuba angka 500 sarang setiap tiga bulan dan ianya bertambah dengan kadar 20% berulang?
Tahun 2006 sahaja nilai sarang burung layang2 didagangkan di seluruh dunia berjumlah tidak kurang dari 13 bilion ringgit. Malaysia dikatakan mengeksport paling kurang RM600 juta harga sarang burung ini dalam tahun yang sama.
Apakah perniagaan yang sedia ada yang boleh kita banding dengan penternakkan sarang burung dimana dengan modal yang kecil tapi boleh meraih keuntungangan besah tahun demi tahun?
Biar saya membuat perbandingan saperti berikut:
a) Bagi penternak burung, dia akan membina satu bangunan yang digunakan sebagai aset. Bagunan yang dimaksudkan ialah rumah kedai ataupun rumah burung diatas tanah pertanian. Rumah yang dibena akan diubah suai bagi menjadi rumah burung dan jumlah harga dalam lingkungan kira-kira RM 150,000 hingga RM 250,000. Modal nya sama saperti bisnes biasa atau konvensional.
b) Setiap bulan bayaran yang perlu di adakan ialah pembayaran wang utiliti (elektrik dan air) sahaja lebih kurang RM 25 satu bulan. Jika dibandingkan dengan bisnes konvensional chag bulanan kos utiliti melebihi RM 500 setiap bulan. belum lagi termasuk kos talian talipon, talian fax, talian internet, sewa mesin penyalin, kos kertas untuk mesin salinan, perkakas tulisan dan banyak lagi.
c) Pekerja yang anda gajikan bukan maknusia tapi burung liar. Burung2 liar ini berkeliaran di awan dan tidak perlu anda bayar sebarang gaji, KWSP, Pekeso, Berlatih, Cuti sakit, Cuti raya puasa, Cuti raya haji, Cuti Thaipusum, Cuti raya china, Cuti krismas, Cuti mak mati, Cuti pak mati, Cuti bini beranak, Cuti anak masuk sekolah, Cuti nak kawin, Cuti nak kawin lagi satu dan sebagainya. Burung-burung ini cuma menginap dan tinggal dalam rumah anda dan membuat sarang bagi membina keluarga mereka. Satu sen pun dia tak minta apa2 ganjaran.
d) Satelah anak anak yang ditetas membesar dan dapat terbang sarang nya akan ditinggal kan untuk di tuai. Sejurus di tuai mereka akan membina sarang baru untuk bertelur dan membiak. Perkara ini berulang dan populasi buring akan setiap kali bertambah.
e) Setiap kali dituai, sarang ini boleh dijual cara tunai. Tidak perlu inboise and menunggu berbulan untuk mendapat bayaran.
f) Burung layang2 akan bertelur tiga kali setahun. Jadi jika tahun pertama anda dapati ada 100 sarang di dalam rumah, tahun berikutnya jumlah sarang baru yang munkin anda dapati ialah 300 + 100 = 400 sarang. Cuba kira berapa anda akan tuai di tahun selepad ini? Jika sayang kira ianya akan bertambah dari 400 sarang akan berlipat ke 1,200 + 400 = 1,600 buah sarang.
g) Setiap kilo harga sarang burung yang dituai dari rumah yang berwarna putih ialah RM4,500. Setiap kilo, jumlah sarang ada lah dalam lingkungan 120 - 130 sarang. Kalau tuain kita berjumlah 1,600 sarang ianya bersamaan dengan 12.3 Kilo. Harga jualan nya ialah RM 55,384.
h) Burung2 ini akan membiak hingga rumah anda penuh. Cuba anda bayangkan banyak mana adnda akan memperolehi sekiranya rumah burung anda penuh?
Anda tak gaduh keopis cuma lenggang ke kiri dan kekanan. Setiap 3- 4 bulan tuai dan jual semua hasil tuain.
Anda berkemunkinan menuai hinga ratusan ribu ringgit tampa kerja kuat dan kepala pening.
Wednesday, December 19, 2007
Apa Bagusnya Menternak Sarang Burung???
Posted by harrylayang2 at 11:44 PM 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)