CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 6, 2007

Apa Yang Dimaksudkan Mengenai Penternak Sarang Sarang Burung Layang2


Sarang burung layang2/walet adalah sejenis bahan makanan yang amat disukai oleh orang2 Cina di negara kita dan juga mereka di tanah besar negeri Cina.

Sarang yang dimaksudkan diperbuat dari ayer liur sejenis burung layang2 yang diberi nama saintifiknya AF yang mana sarang nya dibina dengan kaedah menggunakan air liur sebagai bahan pembinaan.

Dimasa lampau burung AF ni menggunakan kan gua sebagai tempat kediaman tapi oleh kerna cara hidup yangmana ia suka berkeliaran dimana sahaja ada bahan makanan ia kini suka membuat sarang dirumah yang dibina oleh manusia asal kan dikosongi.

Ternakkan burung liar ini mula di terokai oleh orang Indonesia puluhun tahun dahulu. Kini ianya mula bertapak di Malaysia.

Ianya bermula pada penghujung tahun 1990 dimana phenomena ekonomi dunia meleset dan beberapa orang berbangsa cina melarikan diri keMalaysia dari Indonesia. Mereka kesini mulanya untuk melarikan diri dari penduduk tempatan yang menuduh mereka yang membuat dunia menjadi meleset.

Di Malaysia, orang2 Cina ini mendapati cuaca dan suhu tiada berbeza dengan Indonesia. Mereka juga dapati jenis burung layang2 yang boleh membina sarang dengan air liur banyak berkeliaran.

Dengan wang modal yang dibawa dari Indonesia mereka mula membeli rumah kedai yang pada masa itu amat menarik dan murah. Rumah2 kedai yang dibeli di ubah alih menjadi rumah burung layang2.

Cara yang paling unik ialah pengunaan suara tarikkan burung layang2 diluar dan didalam rumah yang dibina. Didalam rumah pula dihiasi dengan kelengkapan yang dapat memberi keselesaan yang unik dan menarik kepada burung layang2 AF.

Ternak Sarang Burung: Bidang Baru Bagi Bumiputra !!!

Buat permulaan saya ingin memulakan dengan ucapan assalam mualaikum dan selamat berbahagia bagi peminat ternak sarang burung layang2 atau walet.

Nama saya yang sabenar ialah Ismail berasal dari Sungai Patani, Kedah.

Saya mula berkecempung dengan berjinak2 dengan ternak sarang burung layang2 ini udah 3 tahun.

Mula2 saya tidak bagitu pasti dan bersungguh2 tapi lagi lama saya bersama burung ini minat saya menjadi tertarik dengan keupayaan nya menjana pendapatan yang memusakan dan ianya juga menjajikan kekayaan berkekelan.

Ini adalah blog saya yang pertama didalam bahasa Melayu. Saya ingin mengumum kan bahawa pada mereka2 yang faham bahasa Ingeris sila lawati blog swiftlet farming saya dengan mengelik
http://swiftletfarming.blogspot.com/

Saya akan mula membuka tirai tentang ternak sarang burung layang2 ini secepat munkin.