Sarang burung layang2/walet adalah sejenis bahan makanan yang amat disukai oleh orang2 Cina di negara kita dan juga mereka di tanah besar negeri Cina.
Sarang yang dimaksudkan diperbuat dari ayer liur sejenis burung layang2 yang diberi nama saintifiknya AF yang mana sarang nya dibina dengan kaedah menggunakan air liur sebagai bahan pembinaan.
Dimasa lampau burung AF ni menggunakan kan gua sebagai tempat kediaman tapi oleh kerna cara hidup yangmana ia suka berkeliaran dimana sahaja ada bahan makanan ia kini suka membuat sarang dirumah yang dibina oleh manusia asal kan dikosongi.
Ternakkan burung liar ini mula di terokai oleh orang Indonesia puluhun tahun dahulu. Kini ianya mula bertapak di Malaysia.
Ianya bermula pada penghujung tahun 1990 dimana phenomena ekonomi dunia meleset dan beberapa orang berbangsa cina melarikan diri keMalaysia dari Indonesia. Mereka kesini mulanya untuk melarikan diri dari penduduk tempatan yang menuduh mereka yang membuat dunia menjadi meleset.
Di Malaysia, orang2 Cina ini mendapati cuaca dan suhu tiada berbeza dengan Indonesia. Mereka juga dapati jenis burung layang2 yang boleh membina sarang dengan air liur banyak berkeliaran.
Dengan wang modal yang dibawa dari Indonesia mereka mula membeli rumah kedai yang pada masa itu amat menarik dan murah. Rumah2 kedai yang dibeli di ubah alih menjadi rumah burung layang2.
Cara yang paling unik ialah pengunaan suara tarikkan burung layang2 diluar dan didalam rumah yang dibina. Didalam rumah pula dihiasi dengan kelengkapan yang dapat memberi keselesaan yang unik dan menarik kepada burung layang2 AF.
0 comments:
Post a Comment